Tuesday, 17 April 2012

# SAMB..PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN

FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN UNTUK MENDAPAT PINJAMAN DAN OVERDRAF
i.   Tujuan pinjaman / overdraf
-    mesti sesuai dengan syarat bank/ perlaburan yang berpotensi
ii.   Kedudukan kewangan
 -   baik/boleh dipercayai
iii.  Nilai cagaran
-    mesti lebih tinggi daripada jumlah pinjaman
iv. Dasar bank pusat
-   Utamakan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
4.       Perkhidmatan Lain
          (a)      Kad Kredit
-        sejenis kad yang bolehkan pemiliknya membeli-belah tanpa                        wang       tunai
-        pemilik kad berhutang dengan pihak bank
-        dikenakan caj perkhidmatan
-        boleh  juga digunakan untuk bayar sewa hotel / tempah tiket                             penerbangan
(b)     Peti simpanan selamat
-        Untuk simpan barang berharga seperti  barang kemas/geran                              tanah
-        Dikenakan caj
(c)      Perbankan elektronik (e-banking)
-        Urusniaga melalui komputer peribadi/telefon bimbit 
-        pantas/mudah/ jimatkan kos
 (d)    Tukaran mata wang asing
-        contoh: Ringgit Malaysia  tukar kepada Yen Jepun
(e)      Cek Kembara
-        dijual kepada pelanggan yang hendak ke luar negara
-        tidak perlu bawa wang dengan banyak/ elak risiko kecurian
-        dijual dalam mata wang Dolar Amerika / Yen Jepun
-        boleh ditunai  serta-merta /di mana-mana cawangan bank di                              negara asing
(f)      Jaminan jurubank
-        Jaminan bank kepada pihak tertentu bahawa bank akan                                     membayar segala hutang pelanggannya  jika pelanggannya                                tidak siapkan projek / jelaskan hutang
-        Perlu  beri deposit kepada bank untuk dapatkan jaminan
-        Deposit ini akan digunakan oleh bank untuk membayar hutang                           jika pelanggan tidak dapat siapkan projek
 (g)    Perbankan Islam
-        Terima simpanan - Akaun Simpanan Wadiah/Akaun Semasa                                Wadiah/Akaun Pelaburan Mudharabah
-        Beri kemudahan pembiayaan – Ijarah / Al Rahnu
 CEK
 Maksud Cek  
-         Dokumen perintah bertulis
-         oleh penyimpan akaun semasa
-         kepada pihak bank dan mengarahkannya untuk membuat bayaran
-         sejumlah wang tertentu
-         pada tarikh tertentu
-         kepada menerima atau pembawa cek apabila dituntut.
Pihak-pihak Dalam Sekeping Cek
·                     Pesuruh bayar    -        bank yang mengeluarkan cek
·                     Penyuruh bayar  -        orang / pihak yang menandatangani cek
·                     Penerima           -        orang / pihak yang menerima bayaran
[orang / pihak yang namanya tercatat pada               cek]
Jenis Cek
-         terdapat dua jenis iaitu;
·                     cek terbuka
·                     cek berpalang
  
Cek Terbuka
-         ada dua jenis iaitu;
·               Cek Pembawa
-               ada perkataan “atau pembawa” yang tidak dipotong
-               cek ini boleh ditunaikan di kaunter bank oleh penerima atau                     sesiapa sahaja
-               nama penerima boleh diganti dengan perkataan  “Tunai” 
-               cek ini tidak selamat
·               Cek Perintah
-               perkataan “atau pembawa” telah dipotong
-               boleh ditunaikan oleh penerima di kaunter bank dengan menunjukkan kad pengenalan
-               boleh dimasukkan ke dalam akaun penerima
-               masih kurang selamat
Cek Berpalang
-         cek yang mempunyai dua garisan selari melintangi permukaannya sama ada ditengah-tengah atau di penjuru atas sebelah kiri
-         cek tidak boleh ditunaikan di kaunter bank
-         mesti dimasukkan ke dalam akaun bank
-         cek ini lebih selamat
-         ada tiga jenis iaitu;
·               Cek Berpalang Am
-      ada 3 jenis iaitu dalam palang;
à      tidak ditulis dengan sebarang perkataan
à      ada perkataan  “& Co.”
à      ada perkataan “Tak Boleh Niaga”
à      tidak boleh dipindah milik
·               Cek Berpalang Khas
-               penerima cek mesti memasukkan cek ini ke dalam akaun bank yang dinyatakan dalam palang
-               contoh:
·                     jika dalam palang ada tulis “Maybank”
à    penerima cek / sidibayar mesti masukkan cek ini ke dalam akaunnya di mana-mana cawangan Maybank
·                     jika dalam palang ada tulis “Maybank , Tapah”
à      penerima cek / sidibayar mesti masukkan cek ini ke dalam akaunnya hanya di Maybank Tapah.
Perbezaan Cek Terbuka dengan Cek Berpalang




CEK TERBUKA
CEK BERPALANG
Tiada garisan selari pada muka cek         
    1. Ada dua garisan selari pada muka cek  
    2. Boleh ditunaikan dikaunter bank
2.  Mesti didepositkan dalam akaun
     3. Tidak selamat                             
3.  Selamat kerana cek boleh ditahan pembayaran          
Sebab Cek Berpalang dibuat  
-         Penyuruh bayar tidak mahu cek itu ditunaikan
-         Cek hendak dimasukkan kedalam akaun bank tertentu
-         Untuk menjadikan cek lebih selamat
-         Apabila penerima tidak mahu cek terbuka
Kelebihan Cek sebagai alat pembayaran  
-         Mudah digunakan kerana boleh guna untuk sebarang nilai
-         Tidak perlu mengira wang tunai
-         Boleh dihantar melalui pos
-         Selamat  kerana tidak perlu membawa wang tunai
-         Selamat digunakan kerana telah berpalang / elak risiko kecurian
-         Sebagai bukti pembayaran
-         Boleh tangguh pembayaran dengan penggunaan cek bertarikh hadapan
-         Murah jika dibandingkan dengan cara bayaran lain
-         Boleh batalkan pembayaran
Kekurangan  Cek sebagai alat pembayaran 
-         Cek bukan wang sah
hanya boleh digunakan jika penerima mahu menerimanya
-         Lambatkan proses terima wang
penerima cek terima wang bila cek telah ddijelaskan
-         Penerima cek perlu bayar komisen
-         Boleh berlakunya penipuan / pemalsuan
kerana butir dalam cek boleh dicetak / tanda tangan boleh ditiru
-         Penerima cek terima cek tak layan
hutang tidak dapat dikutip / peniaga rugi
Lain-lain Jenis Cek
 Cek Bertarikh Hadapan
-         cek yang ditulis dengan tarikh akan datang                                       
-         contoh: cek dikeluarkan pada  7.1.2004  tetapi ditulis dengan tarikh 31.1.2004
-         penerima akan hanya terima bayaran pada atau selepas tarikh matang
-         dalam contoh di atas penerima akan hanya menerima bayaran pada atau selepas 31.12.2004
-         sebelum tarikh matang, cek ini menjadi cek tak laku
Cek Mati
-         cek yang tempoh pembayarannya telah tamat
-         biasanya cek bank perdagangan laku dalam tempoh 6 bulan manakala cek Bank Negara laku dalam tempoh 3 bulan dari tarikh cek dikeluarkan
-         contoh: Cek Bank Negara yang dikeluarkan pada 1.1.2004 akan menjadi cek mati mulai pada  1.4.2004
Cek Dalaman
-         cek yang  dikeluarkan kepada penerima yang juga mempunyai akaun di bank yang sama dengan penyuruh bayar
-         cek boleh ditunaikan serta merta dikaunter bank
Cek Bertanda
-         penerima cek dijamin akan menerima bayaran sehingga tarikh tertentu
-         perkataan “Baik untuk pembayaran sehingga  ………..” akan ditulis pada muka cek
-                                 contoh: “Baik untuk pembayaran sehingga 3.3.2002”  [penerima cek dijamin akan mendapat bayaran sehingga tarikh 3.3.2002]
Cek Kosong
-         cek yang telah diisi maklumat dengan lengkap dan ditanda tangani KECUALI amaun jumlah dalam perkataan dan angka
-         cek ini digunakan apabila penyuruh bayar tidak tahu jumlah bayaran yang sepatutnya dibayar kepada sidibayar
-         sebagai langkah keselamatan, perkataan “tidak melebihi  RM…….” akan ditulis pada cek
Cek Tak laku  
-         cek yang tidak diterima oleh bank untuk pembayaran
-         sebab cek menjadi cek tak laku:
·         cek bertarikh hadapan
·         cek kotor/rosak/koyak
·         cek kosong
·         cek mati
·         jumlah dalam angka dan perkataan tak sama
·         baki dalam akaun penyuruh bayar tidak cukup
·         penyuruh bayar mati / gila / muflis sebelum cek ditunaikan
·         tiada tanda tangan penyuruh bayar
·         penyuruh bayar membatalkan cek yang dikeluarkan
·         tanda tangan pada cek tidak sama dengan kad contoh tandatangan
Kebaikan Cek berbanding Kad Kredit  
-         Cek mudah digunakan kerana tidak mengunakan alat teknikal
manakala Kad kredit perlukan alat khas atau untuk perniagaan tertentu      sahaja.
-         Cek boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa mengikut waktu perniagaan
manakala Kad kredit mengikut waktu perniagaan
-         Cek tidak ada had jumlah kerana tidak ada kredit limit
manakala Kad kredit ada kedit limit yang berdasarkan pendapatan pemilik
-         Cek selamat digunakan kerana boleh dipalang atau boleh ditahan pembayarannya
manakala Kad kredit tidak boleh dibatalkan
-         Cek boleh keluar cek lewat tarikh dan dapat kredit tanpa caj
manakala Kad kredit kena caj.
Kebaikan Cek Kembara Berbanding Cek  
-         Cek Kembara boleh ditunaikan dimana-mana bank di luar negeri
manakala Cek hanya boleh ditunai sekiranya bank (pesuruhbayar) mempunyai cawangan di luar negeri.
-         Cek Kembara diterima oleh pelbagai pihak selain bank
kerana terjamin pembayarannya
oleh itu boleh ditunai bila-bila masa
manakala Cek hanya di terima pihak bank sahaja
dan boleh ditunai pada waktu pejabat sahaja.
-         Cek Kembara mudah ditunaikan/serta merta
manakala Cek perlu tempoh penjelasan/lambat
-         Cek Kembara laku sepanjang masa
manakala Cek mempunyai had tempoh lakunya/contoh 3 bulan
Sumber Kewangan Lain
Syarikat Kewangan  
-         tidak menyediakan akaun semasa
-         perkhidmatan yang disediakan;
·         Menerima simpanan
dalam bentuk akaun simpanan dan akaun simpanan tetap
·         Membiayai / memberi pinjaman peribadi , pinjaman perumahan dan pinjaman sewa beli
·         Menyewakan aset / menyediakan pajakan
dalam bentuk bangunan / ruangan pejabat
·         Melabur dalam pasaran kewangan dan perniagaan
·         Pembiayaan pajakan , projek perumahan dan pelaburan individu
-    contoh: Public Finance , Maybank Finance
Syarikat Pajakan
-         Perjanjian antara syarikat pajak dengan pemajak bagi menyewa satu aset tertentu yang diperolehi daripada penjual
-         pemajak perlu membayar sewa sepanjang tempoh pajakan
-         sepanjang tempoh pajakan / sewaan, aset (mesin) itu adalah kepunyaaan syarikat pajakan.
-         contoh aset yang biasa dipajak seperti mesin, kenderaan dan premis
-         contoh syarikat pajakan :  Sunsea Credit & Leasing Sdn. Bhd.
-         kebaikan:
·         dapat menggunakan aset tanpa mengeluarkan modal
·         boleh mendapatkan aset tanpa cagaran
·         merupakan satu sumber modal tambahan
·         mengurangkan pembayaran cukai
 Syarikat Pemfaktoran
-         peniaga boleh menjual akaun belum terimanya / invois kepada syarikat pemfaktoran / bank  untuk mendapatkan wang tunai dengan segera
-         jumlah wang tunai yang diterima oleh peniaga adalah jumlah nilai akaun belum terima / invois  setelah ditolak kadar faedah dan bayaran perkhidmatan antara 1 – 2 peratus atas nilai aset akaun belum terima / invois
-         contoh syarikat pemfaktoran : Public Leasing and Factoring Sdn. Bhd.
-         kebaikan:
·         boleh mendapat wang tunai dengan segera
·         dapat mengelakkan risiko hutang lapuk
·         mengatasi masalah aliran tunai
·         tidak perlu lagi mengawasi akaun belum terima
Syarikat Jaminan Kredit Malaysia
-         milik bersama Bank Negara Malaysia dengan semua bank perdagangan
-         ditubuhkan  untuk bantu  peniaga kecil mendapatkan pinjaman dari bank perdagangan
-         syarikat ini tidak beri pinjaman tetapi bertindak memberi khidmat nasihat dan jaminan kepada pinjaman yang telah diluluskan
-         peminjam boleh terdiri daripada individu, perkongsian, syarikat sdn.bhd., koperasi dan pertubuhan
-         Kebaikan:
·         bank perdagangan tidak perlu risau risiko hutang lapuk dari pinjaman
·         peminjam (peniaga) boleh dapat pinjaman tanpa cagaran yang banyak....

Friday, 13 April 2012

# MUTIARA KATA 1 #

"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. 
Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. 
Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat."

Thursday, 12 April 2012

# FUNGSI DAN PERKHIDMATAN #

assalamualaikum...
sambung lagi...:)


BANK ISLAM       

-         Bank Islam berdasarkan hukum Islam dan peraturan syariah.
                        -    Contoh Bank Islam iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIBM) dan Bank Muamalat Berhad.
-         tertakluk kepada Akta Bank Islam 1983.

Ciri ciri Bank Islam :

  • Tidak membenarkan RIBA
  • Berkonsepkan perkongsian
  • Tidak mengandungi unsur perjudian dan ketidakpastian.
·         

Pengurusan Bank Islam :

·         Wadiah
·         Mudharabah
·         Musyarakah


PERKHIDMATAN BANK PERDAGANGAN

1.      Menerima simpanan

(a)          Akaun Simpanan
-      amaun  simpanan yang kecil
-      boleh keluar bila-bila masa
-      dapat faedah
-      dapat kemudahan kad teller automatik

(b)         Akaun Semasa
-      Sesuai dibuka oleh peniaga
-      Dapat   guna cek
-      Tidak dapat faedah
-      Perkhidmatan dikenakan caj
-      Boleh dapat kemudahan lain seperti overdraf /pindahan kredit

(c)          Akaun Simpanan tetap
-      Simpanan mengikut tempoh – 3 bulan/ 6bulan
-      Simpanan minimum ditetapkan oleh bank
-      Kadar faedah  lebih tinggi dari Akaun Simpanan dan ikut tempoh
-      Bank beri sijil simpanan tetap – tidak boleh pindah milik tetapi boleh dicagar

2.      Kemudahan Pembayaran 

(a)          Pindahan kredit
-      Bayaran terus ke akaun penerima
-      Boleh  bayar kepada beberapa penerima dengan guna sekeping cek
-      Sesuai untuk bayar gaji / jelaskan hutang
-      Selamat dari risiko kehilangan cek / cek tak laku
-      Hanya sesuai untuk penerima yang ada akaun  di bank

(b)         Arahan tetap
-      Arahan bertulis oleh pemegang akaun kepada bank
-      Untuk bayaran  tetap /berkala seperti  sewa / insurans
-      Dapat bayar secara konsisten / tepat masa
-      Tidak perlu ingat tarikh bayaran
-      Elak dikenakan surat peringatan tidak membayar hutang

(c)      Pindahan elektronik/ telegraf / mel

          i.   Pindahan elektronik
              -    cara membayar  paling pantas
              -    wang boleh dipindahkan dari akaun pelanggan kepada                             akaun pemiutang di mana-mana bank secara on-line / guna kad  ATM
           ii.   Pindahan telegraf
-          Cara bayaran  pantas ke luar Negara
-          Bank arah bayaran dibuat  melalui teleks  ke cawangannya di luar Negara
-          Pelanggan dikenakan komisen/caj
iii. Pindahan mel
-          Sama seperti pindahan telegraf, cuma arahan dihantar melalui mel

(d)     Draf Bank
-      Cek yang dikeluarkan oleh bank atas permintaan pelanggan
-      Untuk bayar hutang/bil tertentu
-      Bayaran  terjamin
-      Draf bank boleh dipalang- tidak boleh ditunai tetapi  mesti                  didepositkan dalam akaun penerima

(e)      Cek Jurubank
-      Dikenali sebagai perintah juruwang
-      Perintah yang dikeluarkan oleh bank atas arahan pelanggan untuk bayaran  tertentu kepada penerima  dalam daerah yang sama
-      Kena bayar komisen
-      Cara selamat buat bayaran dalam amaun yang besar
-      Cara bayaran yang meyakinkan penerima 
 

(a)      Pinjaman
          -     Wang yang dipinjam oleh bank kepada pelanggannya setelah memenuhi syarat
          -     Contoh: pinjaman untuk beli tanah/ bangunan
          -     Kelulusan berdasarkan nilai cagaran/kemampuan bayar balik
          -     Dikenakan faedah
-     Faedah atas pinjaman bergantung kepada tempoh                    pinjaman/cagaran
          -    Dua bentuk pinjaman : Pinjaman bercagar dan Pinjaman tidak                      bercagar
          -    Pinjaman bercagar – ada cagaran yang nilainya lebih tinggi dari  nilai pinjaman seperti geran tanah /geran rumah
          -    Pinjaman tidak bercagar – tiada cagaran hanya bergantung kepada           kepercayaan bank dan pihak penjamin

(b)     Overdraf
          -    Satu bentuk wang pendahuluan
          -    Cara mudah/segera pinjam wang dari bank oleh pemegang akaun semasa             -    Boleh keluarkan wang lebih dari jumlah yang ada dalam akaunnya
          -    Faedah dikenakan terhadap amaun overdraf yang digunakan                    mengikut kadar harian

# JENIS JENIS BANK #

assalamualaikum...hari ini saya akan menyambung kembali nota dari bab 1...ingat lagi tak apa tajuk bab 1 kita...
good..nmpknya ulangkaji dibuat...:)
topik hari ini adalah JENIS JENIS BANK DI MALAYSIA...

Berikut merupakan jenis jenis bank :


 1.      Bank pusat
2.      Bank perdagangan
3.      Bank Saudagar
4.      Bank Badan Berkanun
5.      Bank Koperasi

FUNGSI BANK PUSAT(BANK NEGARA MALAYSIA)

1.      Mengeluarkan dan mengawal mata wang Negara 
                                         -      wang kertas dan syiling
-      mengawal kiriman wang ke luar Negara

2.      Menjadi jurubank kepada kerajaan
-      menyediakan khidmat kewangan kepada kerajaan
-      sebagai penasihat pelaburan kerajaan
-      jual bil perbendaharaan / surat jaminan kerajaan


3.      Laksanakan dasar kewangan kerajaan
-      awasi tahap kredit
-      tetapkan nisbah rizab berkanun / aset mudah tunai

4.      Menjadi jurubank kepada bank perdagangan
-      sumber pinjaman terakhir

FUNGSI BANK PERDAGANGAN (CIMB BANK)

1.      Terima simpanan - akaun simpanan / tetap/ semasa
2.      Beri kemudahan pembiayaan – pinjaman / overdraf
3.      Beri kemudahan pembayaran – pindahan kredit / arahan tetap
4.      Beri  perkhidmatan lain – kad kredit / peti simpanan selamat

FUNGSI BANK SAUDAGAR (ARAB-NALAYSIAN MERCHANT BANK BERHAD)

1.      Terima simpanan dari syarikat besar
2.      Memberi pinjaman
3.      Memberi khidmat nasihat korporat
4.      Mengurus pelaburan syarikat berhad
5.      Tangung jamin terbitan syer

FUNGSI BANK  BADAN BERKANUN

1.      Bank Simpanan Nasional

-      Terima simpanan – akaun simpanan/tetap
-      Beri pinjaman – untuk beli rumah/kereta
-      Tawar kad kredit – kad Visa Klasik /Kad Visa Emas
-      Sedia perkhidmatan perbankan Islam- akaun simpanan Wadiah

2.      Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad

-      Biaya aset tetap  - tanah / bangunan
-      Biaya modal kerja – beli bahan mentah/stok barang niaga
-      Sedia skim kilang bimbingan – beri modal / khidmat nasihat
-      Sedia tabung usahawan baru – bagi sektor pembuatan/pelancongan
-      Sedia modal asas untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

3.      Bank Pertanian Malaysia 

-      Beri pinjaman – beli tanah/ mesin
-      Terima simpanan – akaun simpanan/tetap
-      Beri kemudahan sewa jentera
-      Anjur kursus / latihan kepada usahawan bumiputera

FUNGSI BANK KOPERASI (BANK RAKYAT)

1.      Menerima simpanan
2.      Memberi pinjaman
3.      Menawar perkhidmatan perbankan Islam

Saturday, 7 April 2012

# PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN #

assalamualaikum...
hari ini saya nak bincang mengenai topik yang ada dalam bab 1...

Perbankan Konvensional :
Sistem yang berasaskan Kapitalisme. Sistem ini menggalakkan keputusan kewangan dibuat berdasarkan keuntungan.
terdapat 3 ciri perbankan konvensional iaitu..
  • faedah => diberi kepada simpanan yang diterima daripada penyimpan dan juga dikenakan kepada peminjam...
  • pelaburan => bertujuan untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum tanpa menyalahi undang-undang. boleh juga melabur dalam semua bidang periagaan termasuk perjudian dan minuman keras.
  • keuntungan => merupakan motif utama setiap pelaburan di perbankan konvensional. sumbangan turut diberikan untuk menjaga kepentingan sosial masyarakat seperti memberi sumbangan kepada hospital dan rumah anak-anak yatim.

                  
 Perbankan Islam :
  • bertujuan untuk menerapkan penggunaan prinsip dan undang-undang Islam dalam seluruh urusan perbankan dan kewangannya.
  • berfungsi sama seperti bank konvensional tetapi dijalankan mengikut hukum syarak.
  • prinsipnya adalah untuk menggalakkan masayarakat Islam melibatkan diri dalam semua urusan perbankan yang halal dan selari dengan kehendak syarak.
  • operasi yang dijalankan berlandaskan akad (perjanjian), tidak mengandungi unsur riba (faedah), gharar (ketidakpastian) dan maisir (judi).

Sunday, 1 April 2012

# topik-topik PERDAGANGAN TING. 5 #

assalamualaikum...
ermm..adik-adik yg tingkatan 5 nih...dah study sampai mana dah...
kali ni saya akan letak topik topik tingkatan 5...

bab 1 : PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN...
dalam topik ni akan dijelaskan mengenai sistem perbankan, jenis bank, perkhidmatan bank perdagangan, cek dan juga institusi kewangan lain.

bab 2 : INSURANS....
haaa..bab ni penting gak...seeloknya kita perlu dilindungi dengan insurans..supaya mudah jika berlaku perkara yang tidak diingini..sekurang kurangnya kita dah ada jaminan...bab ni plak akan menjelaskan mengenai apa itu insurans, prinsip insurans, jenis insurans, takaful dan belian polisi dan tuntutan ganti rugi....

bab 3 : PENGANGKUTAN
pengangkutan penting untuk kita bergerak ke mana mana...kita perlu tau apa itu pengangkutan, jenis pengangkutan, pengkontenaan, pemilihan jenis pengangkutan...

bab 4 : KOMUNIKASI...
dalam bab ni hanya ada mengenai peranan komunikasi dan juga perkhidmatan komunikasi...

bab 5 : PERGUDANGAN...
apa itu pergudangan...haaa...tempat kita simpan barang yang banyak banyak...boleh tak kita panggil gudang...dan..ada berapa jenis gudang...

bab 6 : PROMOSI...
tanpa promosi...macam mana pelanggan nak tau apa yg kita boleh tawarkan kat pelanggan kan...topik ini akan cerita dengan lebih terperinci mengenai promosi, jenis promosi, media pengiklanan dan pemilihan media pengiklanan...

bab 7 : PERANAN KERAJAAN DALAM PERNIAGAAN...
bab ini lebih tertumpu kepada peranan kerajaan dalam perniagaan...

bab 8 : KONSUMERISME...
bab terakhir...akan cerita apa itu konsumerisme dan perlindungan pengguna....