Peranan Pengangkutan
Pengangkutan merujuk kepada usaha untuk memindahkan barang atau orang dari satu tempat ke suatu tempat .
Peranan pengangkutan :
- Mengimbangi bekalan barang untuk membantu peniaga megangkut barang-barang dari tempat yang menghadapi lebihan ke tempat yang menghadapi lebihan ke tempat yang memerlukannya
- Mengurangkan kos penyimpanan stok kerana peniaga tidak mempunyai stok yang berlebihan dan peniaga kekurangan bekalan dapat diatasi dalam masa yang singkat .
- Memperluaskan pasaran kerana barang-barang dapat diangkut ke merata tempat untuk dipasarkan dan barang-barang dapat diangkut ke tempat yang jauh
- Membantu pengeluaran secara besar-besaran untuk barang-barang dipasarkan di merata-rata tempat dan ini dapat menambahkan jualan barang
- Mengelakkan pembaziran untuk barang-barang yang tidak tahan lama seperti ikan , sayur-sayuran , dan buah-buahan dapt dipasarkan dengan segera
- Memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna , pengguna boleh membandingkan harga , sifat dan kuantiti barang dan meninggikan taraf hidup pengguna
- Menggalakan aliran masuk modal melalui pelaburan asing dan pelancongan untuk aliran wang dalam masyarakat menjadi aktif dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan
- Membantu penyebaran sains dan teknologi
- Membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara
- Memudahkan pergerakan tenaga buruh
Terdapat empat jenis pengangkutan iaitu;
- Pengangkutan darat
- Pengangkutan laut
- Pengangkutan udara
- Saluran paip
PENGANGKUTAN DARAT
Terbahagi kepada dua iaitu;
- Jalan raya
- Rel
Kelebihan
- Boleh serah barang dari pintu ke pintu
- Jimatkan masa
- Kerja pemunggahan kurang
- Risiko barang rosak sedikit
- Murah dan cepat untuk jarak dekat
- Sesuai bawa barang diperlukan segera
- Tiada jadual perjalanan
- Kemudahan kenderaan mudah didapati dan banyak
- Mudah hubungi kawasan pedalaman
- Kawal kegunaan pengangkutan kenderaan awam seperti teksi dan bas demi menjaga kepentingan orang awam
- benarkan kenderaan bawa barang orang lain / untuk disewa
Lesen Pembawa C
- hanya benarkan kenderaan bawa barang sendiri
- kenderaan tidak boleh disewa
- Periksa dan uji kenderaan komersil dan pastikan selamat digunakan
- Contoh seperti rel bas, kereta api, komuter, LRT
- Murah dan cepat bagi jarak jauh
- Ruang muatan lebih luas
- Sesuai untuk bawa barang pukal / berat / kuatiti banyak / bernilai rendah
- seperti kayu balak , simen, pasir
- Lebih selamat / kurang kemalangan dan selesa
- Masa bertolak dan tiba diketahui
- mudahkan peniaga hantar / tunggu barang
- Ada gerabak khas untuk bawa barang
- gerabak bertangki – petrolium , simen, susu getah
- gerabak panjang / terbuka – kayu balak, kontena
- ada kemudahan kontenarisasi
Kekurangan
- Mahal dan lambat bagi jarak dekat
- Tiada perkhidmatan pintu ke pintu
- Banyak kerja pemunggahan
- Risiko barang rosak / hilang tinggi
- Tidak fleksibel kerana arah dan masa perjalanan ditetapkan
- Kospenyelenggaraan tinggi
- Rangkaian perkhidmatan keretapi terhad
- Tidak semua bandar dihubungkan dengan perkhidmatan kereta api
v Sediakan landasan, stesen, menetapkan jadual perjalanan dan tambang
v Sediakan dua perkhidmatan utama iaitu:
- keretapi barang / kargo ® gerabak bertangki
Pengangkutan Laut
Perkapalan antarabangsa
- Belayar merentasi lautan besar ® contoh: kapal kargo, kapal kerentan, kapal penumpang
- Belayar sepanjang pantai ® contoh: feri, kapal pesisir pantai
Kapal kargo
- kapal khas bawa kargo dan sedikit penumpang
- belayar ikut jalan dan jadual tetap
- hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
- tidak boleh ditempah tetapi ruangnya boleh disewa
- tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
- terdapat pelbagai jenis kapal kargo khas iaitu:
- kapal kontena khusus untuk membawa kontena
- kapal tangki ® khusus untuk membawa petrolium, bahan kimia, gas asli cecair
- belayar ikut jalan dan jadual yang tetap
- hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
- tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
Terbahagi kepada dua iaitu;
- Kapal terbang
- Helikopter
Kekurangan
- Tambang mahal
- Saiz dan berat kargo dihadkan
- Tiada serahan pintu ke pintu
- Perlukan pengangkutan lain
- Kerja pemunggahan yang banyak
- Meningkatkan risiko kecurian dan kerosakan
- Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan lapangan terbang sahaja
- Penerbangan mudah tergendala jika cuaca buruk
- Kos penyelenggaraan tinggi
Kebaikan
- Sesuai bawa barang mahal dan ringan kerana kadar tambang tidak dipengaruhi oleh nilai barang Contoh: ekspot berlian dan emas
- Sesuai bawa barang yang diperlukan segera yang memerlukan pengangkutan yang cepat / pantas Contoh: bekalan perubatan dan alat ganti jentera
- Sesuai bawa barang yang tidak tahan lama untuk menjamin agar barang segar dan baik Contoh: bunga dan buah-buahan
- Sesuai hubungi kawasan pendalaman – gunakan helikopter
- Barang lebih selamat sebab kawalan keselamatan ketat
- Risiko kecurian kurang, oleh itu kos insurans lebih rendah
- Kos pergudangan rendah sebab barang segera dihantar
- Ada kemudahan kontenarisasi - mencepatkan urusan kastam
Penerbangan Malaysia (MAS)
- Merupakan badan yang ditubuhkan oleh kerajaan yang telah diswastakan
- Menyediakan perkhidmatan penerbangan penumpang dan perkhidmatan kargo dalam dan luar negeri
- Ada penerbangan khas untuk mengangkut jemaah haji
SALURAN PAIP
Cara hantar barang jenis cecair dan gas seperti air, petrolium , gas asli dan gas memasak melalui
batang paip
Kebaikan
- Barang selamat daripada risiko kecurian
- Barang segera sampai
- Jimat kos pengangkutan kerana tidak guna bahan api
- Kos penyelenggaraan rendah sebab kurang berlaku kerosakan
Kekurangan
- Kos pemasangan saluran paip tinggi
- Penggunaannya terhad kepada barang cecair dan gas seperti petrolium, gas dan air
- Kebocoran mengganggu penggunaan dan sukar dibaiki
Contoh
Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS)
- Mendapat hak eksklusif / istimewa untuk cari gali, proses dan pasarkan petrolium dan gas di Malaysia
- Terlibat dalam pembinaan saluran paip daripada Kertih, Trengganu ke Segamat, Johor dan Singapura
Peranan / objektif:
- Cari gali, mengeluar dan mentadbir semua petrolium negara
- Pastikan bekalan petrolium dan hasil petrokimia mencukupi dan pada harga berpatutan
- Galakkan penglibatan bumiputera dalam industri berasaskan petrolium
- Menasihat kerajaan dalam hal ehwal petrolium dan petrokimia
No comments:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak anda...
sayam korang ketatketat...