assalamualaikum...
sambung lagi...:)
BANK ISLAM
- Bank Islam berdasarkan hukum Islam dan peraturan syariah.
- Contoh Bank Islam iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIBM) dan Bank Muamalat Berhad.
- tertakluk kepada Akta Bank Islam 1983.
Ciri ciri Bank Islam :
- Tidak membenarkan RIBA
- Berkonsepkan perkongsian
- Tidak mengandungi unsur perjudian dan ketidakpastian.
·
Pengurusan Bank Islam :
· Wadiah
· Mudharabah
· Musyarakah
PERKHIDMATAN BANK PERDAGANGAN
1. Menerima simpanan
(a) Akaun Simpanan
- amaun simpanan yang kecil
- boleh keluar bila-bila masa
- dapat faedah
- dapat kemudahan kad teller automatik
(b) Akaun Semasa
- Sesuai dibuka oleh peniaga
- Dapat guna cek
- Tidak dapat faedah
- Perkhidmatan dikenakan caj
- Boleh dapat kemudahan lain seperti overdraf /pindahan kredit
(c) Akaun Simpanan tetap
- Simpanan mengikut tempoh – 3 bulan/ 6bulan
- Simpanan minimum ditetapkan oleh bank
- Kadar faedah lebih tinggi dari Akaun Simpanan dan ikut tempoh
- Bank beri sijil simpanan tetap – tidak boleh pindah milik tetapi boleh dicagar
2. Kemudahan Pembayaran
(a) Pindahan kredit
- Bayaran terus ke akaun penerima
- Boleh bayar kepada beberapa penerima dengan guna sekeping cek
- Sesuai untuk bayar gaji / jelaskan hutang
- Selamat dari risiko kehilangan cek / cek tak laku
- Hanya sesuai untuk penerima yang ada akaun di bank
(b) Arahan tetap
- Arahan bertulis oleh pemegang akaun kepada bank
- Untuk bayaran tetap /berkala seperti sewa / insurans
- Dapat bayar secara konsisten / tepat masa
- Tidak perlu ingat tarikh bayaran
- Elak dikenakan surat peringatan tidak membayar hutang
(c) Pindahan elektronik/ telegraf / mel
i. Pindahan elektronik
- cara membayar paling pantas
- wang boleh dipindahkan dari akaun pelanggan kepada akaun pemiutang di mana-mana bank secara on-line / guna kad ATM
ii. Pindahan telegraf
ii. Pindahan telegraf
- Cara bayaran pantas ke luar Negara
- Bank arah bayaran dibuat melalui teleks ke cawangannya di luar Negara
- Pelanggan dikenakan komisen/caj
iii. Pindahan mel
- Sama seperti pindahan telegraf, cuma arahan dihantar melalui mel
(d) Draf Bank
- Cek yang dikeluarkan oleh bank atas permintaan pelanggan
- Untuk bayar hutang/bil tertentu
- Bayaran terjamin
- Draf bank boleh dipalang- tidak boleh ditunai tetapi mesti didepositkan dalam akaun penerima
(e) Cek Jurubank
- Dikenali sebagai perintah juruwang
- Perintah yang dikeluarkan oleh bank atas arahan pelanggan untuk bayaran tertentu kepada penerima dalam daerah yang sama
- Kena bayar komisen
- Cara selamat buat bayaran dalam amaun yang besar
- Cara bayaran yang meyakinkan penerima
(a) Pinjaman
- Wang yang dipinjam oleh bank kepada pelanggannya setelah memenuhi syarat
- Contoh: pinjaman untuk beli tanah/ bangunan
- Kelulusan berdasarkan nilai cagaran/kemampuan bayar balik
- Dikenakan faedah
- Faedah atas pinjaman bergantung kepada tempoh pinjaman/cagaran
- Dua bentuk pinjaman : Pinjaman bercagar dan Pinjaman tidak bercagar
- Pinjaman bercagar – ada cagaran yang nilainya lebih tinggi dari nilai pinjaman seperti geran tanah /geran rumah
- Pinjaman tidak bercagar – tiada cagaran hanya bergantung kepada kepercayaan bank dan pihak penjamin
(b) Overdraf
- Satu bentuk wang pendahuluan
- Cara mudah/segera pinjam wang dari bank oleh pemegang akaun semasa - Boleh keluarkan wang lebih dari jumlah yang ada dalam akaunnya
- Faedah dikenakan terhadap amaun overdraf yang digunakan mengikut kadar harian
No comments:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak anda...
sayam korang ketatketat...