Thursday 12 April 2012

# JENIS JENIS BANK #

assalamualaikum...hari ini saya akan menyambung kembali nota dari bab 1...ingat lagi tak apa tajuk bab 1 kita...
good..nmpknya ulangkaji dibuat...:)
topik hari ini adalah JENIS JENIS BANK DI MALAYSIA...

Berikut merupakan jenis jenis bank :


 1.      Bank pusat
2.      Bank perdagangan
3.      Bank Saudagar
4.      Bank Badan Berkanun
5.      Bank Koperasi

FUNGSI BANK PUSAT(BANK NEGARA MALAYSIA)

1.      Mengeluarkan dan mengawal mata wang Negara 
                                         -      wang kertas dan syiling
-      mengawal kiriman wang ke luar Negara

2.      Menjadi jurubank kepada kerajaan
-      menyediakan khidmat kewangan kepada kerajaan
-      sebagai penasihat pelaburan kerajaan
-      jual bil perbendaharaan / surat jaminan kerajaan


3.      Laksanakan dasar kewangan kerajaan
-      awasi tahap kredit
-      tetapkan nisbah rizab berkanun / aset mudah tunai

4.      Menjadi jurubank kepada bank perdagangan
-      sumber pinjaman terakhir

FUNGSI BANK PERDAGANGAN (CIMB BANK)

1.      Terima simpanan - akaun simpanan / tetap/ semasa
2.      Beri kemudahan pembiayaan – pinjaman / overdraf
3.      Beri kemudahan pembayaran – pindahan kredit / arahan tetap
4.      Beri  perkhidmatan lain – kad kredit / peti simpanan selamat

FUNGSI BANK SAUDAGAR (ARAB-NALAYSIAN MERCHANT BANK BERHAD)

1.      Terima simpanan dari syarikat besar
2.      Memberi pinjaman
3.      Memberi khidmat nasihat korporat
4.      Mengurus pelaburan syarikat berhad
5.      Tangung jamin terbitan syer

FUNGSI BANK  BADAN BERKANUN

1.      Bank Simpanan Nasional

-      Terima simpanan – akaun simpanan/tetap
-      Beri pinjaman – untuk beli rumah/kereta
-      Tawar kad kredit – kad Visa Klasik /Kad Visa Emas
-      Sedia perkhidmatan perbankan Islam- akaun simpanan Wadiah

2.      Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad

-      Biaya aset tetap  - tanah / bangunan
-      Biaya modal kerja – beli bahan mentah/stok barang niaga
-      Sedia skim kilang bimbingan – beri modal / khidmat nasihat
-      Sedia tabung usahawan baru – bagi sektor pembuatan/pelancongan
-      Sedia modal asas untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

3.      Bank Pertanian Malaysia 

-      Beri pinjaman – beli tanah/ mesin
-      Terima simpanan – akaun simpanan/tetap
-      Beri kemudahan sewa jentera
-      Anjur kursus / latihan kepada usahawan bumiputera

FUNGSI BANK KOPERASI (BANK RAKYAT)

1.      Menerima simpanan
2.      Memberi pinjaman
3.      Menawar perkhidmatan perbankan Islam

No comments:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak anda...
sayam korang ketatketat...