Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Sunday, 20 May 2012

# MUTIARA KATA 8 #

 
"Ramai orang yang boleh memiliki 
jam tangan yang tinggi harganya 
 tetapi tidak ramai boleh menetapi
 masa yang berharga." ~ Dr. Mahathir Mohamad ~



Friday, 18 May 2012

# MUTIARA KATA 6 #

"Mereka yang berjaya bukanlah
 mereka yang gagal dalam mencuba, 
bukan juga mereka yang sering gagal 
tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba 
dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi."

# MUTIARA KATA 5 #

"Jangan lakukan semua yang kamu ketahui,
 jangan berbelanja semua yang kamu miliki, 
jangan percaya semua yang kamu dengar 
dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar."

# MUTIARA KATA 4 #

"Orang yang bahagia itu akan selalu 
menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
 menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, 
menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, 
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, 
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
 dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

Saturday, 21 April 2012

# MUTIARA KATA 3 #

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, 
pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. 
Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda. 
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. 
Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Tuesday, 17 April 2012

# MUTIARA KATA 2 #

Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati,
 kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.

Friday, 13 April 2012

# MUTIARA KATA 1 #

"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. 
Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. 
Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat."