Tuesday 29 May 2012

# KISAH CIKGU SANDARAN #






Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai. Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu "W.TAUFIK WWW".
Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.
Cikgu Ajoi : "Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?".

Taufik : "Saya Cikgu... " (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : "Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?".

Taufik : "Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..".

Cikgu Ajoi : "Takpe-takpe Taufik,cakap jer..".

Taufik : "Baik Cikgu , nama penuh saya ialah... Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh... ".

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid. Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu "BKBKBDB DIAN".

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab "saya DIAN Cikgu... ".

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : "Dian ada abang di sekolah ini?".

Dian : "Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3."

Cikgu Ajoi : "Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?".

Dian : "Baik Cikgu, nama panjang saya ialah... Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN"

Cikgu Ajoi :@$%&#^%





Wednesday 23 May 2012

# SUKATAN PELAJARAN #







Perdagangan Tingkatan 5
 

# SET INDUKSI #


 


 
antara-antara jenis pengangkutan....




Tuesday 22 May 2012

Sunday 20 May 2012

# KOMUNIKASI #



 KOMUNIKASI


PERANAN KOMUNIKASI
  •  Memudah dan mempercepatkan proses penyebaran maklumat.
           -  Contoh : maklumat turun naik harga saham mudah diketahui dengan menggunakan komputer,  
              telefon dan internet.
  • Memudahkan peniaga menjalankan aktiviti perniagaan.
         -  Contoh : urusan jual beli barangan boleh dilakukan dengan menggunakan telefon, telefeks atau  
            internet.
  • Memudahkan kegiatan promosi.
          -  Contoh : Televisyen merupakan media utama pengiklanan kerana dapat menarik minat ramai 
              penonton.
  •  Meluaskan pasaran barangan.
           - Contoh : Perkhidmatan telefon memudahkan proses jual beli jarak 
                  jauh.
  • Memudahkan pentadbiran dan pengurusan.
          - Contoh : bagi syarikat yang mempunyai banyak cawangan di merata negeri boleh mengadakan   
             mesyuarat secara langsung antara pengurus cawangan tanpa bersemuka dengan menggunakan  
             sidang  video.
  •  Mengelakkan kerugian dan kerosakan.
           - Contoh : Jika diketahui melalui satelit bahawa taufan sedang melanda Jepun, maka penghantaran  
              kargo dari Malaysia ke negara itu boleh ditangguhkan untuk mengelakkan kerosakan.

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KOMUNIKASI

(i)  Televisyen dan radio.
(ii)  Perkhidmatan Pos.
(iii) Perkhidmatan Telekomunikasi.
(iv) Perkhidmatan Kurier.

PERKHIDMATAN POS.

Terbahagi kepada 3 iaitu :
          (i).  Perkhidmatan Mel.
          (ii).  Perkhidmatan kaunter.
          (iii). Perkhidmatan Lain.

Perkhidmatan Mel.
  • Surat.                      
  • Poskad.      
  • Aerogram.
  • Bahan bercetak.
  • Peket kecil.   
  • Khidmat jawapan perniagaan.
              => digunakan oleh peniaga pesanan mel.
              => setem dilekatkan
  •  Persuratan untuk orang buta.
           => majalah dan buku dalam bentuk Braille
  •  Pos Ekspres.
           => menghantar dokumen dengan cepat.
           => tidak dilindungi oleh insurans
  •  Pos Daftar.
           => hantar barang/dokumen penting di dalam dan di luar Negara (dilindungi oleh insurans)
  • Bungkusan.
  • Mel Berinsurans.
          => memberi perlindungan bagi surat daftar dan bungkusan yang  
          => diposkan di dalam dan di luar negara.
          => pampasan akan dibayar jika mel/bungkusan itu hilang
  • Perkhidmatan Pos Laju.
          => menghantar mel, peket kecil dan dokumen dengan cepat.
          => serahan dari pintu ke pintu.
  •  Data Pos.
          => membantu mengagihkan dokumen secara besar- besaran seperti bil,  
         => sijil invois dan penyata akaun.
  • Mel Terus.
             => digunakan oleh syarikat untuk mengiklankan perniagaannya


# MUTIARA KATA 8 #

 
"Ramai orang yang boleh memiliki 
jam tangan yang tinggi harganya 
 tetapi tidak ramai boleh menetapi
 masa yang berharga." ~ Dr. Mahathir Mohamad ~



# MUTIARA KATA 7 #

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. 
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu 
sehingga kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."