Tuesday 29 May 2012

# KISAH CIKGU SANDARAN #






Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai. Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu "W.TAUFIK WWW".
Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.
Cikgu Ajoi : "Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?".

Taufik : "Saya Cikgu... " (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : "Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?".

Taufik : "Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..".

Cikgu Ajoi : "Takpe-takpe Taufik,cakap jer..".

Taufik : "Baik Cikgu , nama penuh saya ialah... Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh... ".

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid. Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu "BKBKBDB DIAN".

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab "saya DIAN Cikgu... ".

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : "Dian ada abang di sekolah ini?".

Dian : "Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3."

Cikgu Ajoi : "Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?".

Dian : "Baik Cikgu, nama panjang saya ialah... Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN"

Cikgu Ajoi :@$%&#^%





Wednesday 23 May 2012

# SUKATAN PELAJARAN #







Perdagangan Tingkatan 5
 

# SET INDUKSI #


 


 
antara-antara jenis pengangkutan....




Tuesday 22 May 2012

Sunday 20 May 2012

# KOMUNIKASI #



 KOMUNIKASI


PERANAN KOMUNIKASI
  •  Memudah dan mempercepatkan proses penyebaran maklumat.
           -  Contoh : maklumat turun naik harga saham mudah diketahui dengan menggunakan komputer,  
              telefon dan internet.
  • Memudahkan peniaga menjalankan aktiviti perniagaan.
         -  Contoh : urusan jual beli barangan boleh dilakukan dengan menggunakan telefon, telefeks atau  
            internet.
  • Memudahkan kegiatan promosi.
          -  Contoh : Televisyen merupakan media utama pengiklanan kerana dapat menarik minat ramai 
              penonton.
  •  Meluaskan pasaran barangan.
           - Contoh : Perkhidmatan telefon memudahkan proses jual beli jarak 
                  jauh.
  • Memudahkan pentadbiran dan pengurusan.
          - Contoh : bagi syarikat yang mempunyai banyak cawangan di merata negeri boleh mengadakan   
             mesyuarat secara langsung antara pengurus cawangan tanpa bersemuka dengan menggunakan  
             sidang  video.
  •  Mengelakkan kerugian dan kerosakan.
           - Contoh : Jika diketahui melalui satelit bahawa taufan sedang melanda Jepun, maka penghantaran  
              kargo dari Malaysia ke negara itu boleh ditangguhkan untuk mengelakkan kerosakan.

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KOMUNIKASI

(i)  Televisyen dan radio.
(ii)  Perkhidmatan Pos.
(iii) Perkhidmatan Telekomunikasi.
(iv) Perkhidmatan Kurier.

PERKHIDMATAN POS.

Terbahagi kepada 3 iaitu :
          (i).  Perkhidmatan Mel.
          (ii).  Perkhidmatan kaunter.
          (iii). Perkhidmatan Lain.

Perkhidmatan Mel.
  • Surat.                      
  • Poskad.      
  • Aerogram.
  • Bahan bercetak.
  • Peket kecil.   
  • Khidmat jawapan perniagaan.
              => digunakan oleh peniaga pesanan mel.
              => setem dilekatkan
  •  Persuratan untuk orang buta.
           => majalah dan buku dalam bentuk Braille
  •  Pos Ekspres.
           => menghantar dokumen dengan cepat.
           => tidak dilindungi oleh insurans
  •  Pos Daftar.
           => hantar barang/dokumen penting di dalam dan di luar Negara (dilindungi oleh insurans)
  • Bungkusan.
  • Mel Berinsurans.
          => memberi perlindungan bagi surat daftar dan bungkusan yang  
          => diposkan di dalam dan di luar negara.
          => pampasan akan dibayar jika mel/bungkusan itu hilang
  • Perkhidmatan Pos Laju.
          => menghantar mel, peket kecil dan dokumen dengan cepat.
          => serahan dari pintu ke pintu.
  •  Data Pos.
          => membantu mengagihkan dokumen secara besar- besaran seperti bil,  
         => sijil invois dan penyata akaun.
  • Mel Terus.
             => digunakan oleh syarikat untuk mengiklankan perniagaannya


# MUTIARA KATA 8 #

 
"Ramai orang yang boleh memiliki 
jam tangan yang tinggi harganya 
 tetapi tidak ramai boleh menetapi
 masa yang berharga." ~ Dr. Mahathir Mohamad ~



# MUTIARA KATA 7 #

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. 
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu 
sehingga kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."
 
 
 

Saturday 19 May 2012

# PENGANGKUTAN 2 #

Pengkontenaan
  • Sistem hantar barang guna kontena
  • Kontena ialah peti logam
  • Mempunyai ukuran piawai

Kebaikan guna kontena
  • Jimatkan masa
  • kerja pemunggahan cepat
  • Barang diangkut sekali gus sebagai satu unit
  • Jimatkan tenaga buruh
  • Mengurangkan kerja pemunggahan
  • Barang dipunggah menggunakan jentera khas / kren / forklif
  • Kurangkan barang rosak / selamat
  • Terhindar daripada kesan cuaca
  • Kurangkan  kecurian sebab kontena dikunci
  • Kurangkan kos seperti kos insurans, kos angkutan dan kos gudang

Kelemahan  menggunakan kontena
  • Kos bina kontena tinggi
  • Perlukan peralatan khas seperti kren
  • Tidak sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak, batu bata
  • Perlukan sistem pengangkutan bersepadu

Faktor-faktor Pemilihan  Jenis Pengangkutan
Kos pengangkutan 
  • Jika ingin jimat kos, pilih pengangkutan yang murah
Contoh:  => Dalam Negeri - gunakan  lori, keretapi
  => Luar negeri  - gunakan  kapal

Jenis  barang yang dibawa:
  • Jika cecair (petroleum, susu getah) => gunakan pengangkutan khas  seperti lori tangki, kapal tangki
  • Jika mudah rosak (daging, sayur, bunga)  => gunakan pengangkutan yang dilengkapi dengan penyetoran sejuk 
  • Jika dalam negeri => gunakan  van, lori
  • Jika luar negeri  => gunakan kapal terbang, kapal

Jarak perjalanan
  • Jika dekat => dalam negeri  -  gunakan lori, van
  • Jika jauh  =>  dalam negeri  -  gunakan keretapi 
    •       =>  luar negeri     -  gunakan  kapal (jimat kos berbanding kapal terbang)

 Kuantiti, berat dan saiz barang
  • Jika banyak dan pukal  => dalam negeri -  gunakan keretapi
         => luar negeri    -  gunakan kapal kerentan
  • Jika sedikit                   => dalam negeri -  gunakan lori
                                              =>   luar negeri    -  gunakan kapal kargo
 Kesegeraan
  • Jika ingin cepat  (ubat, alat ganti, surat khabar) => gunakan kapal terbang, helicopter
Risiko kerosakan
  • Jika barang mudah pecah (kaca, tembikar) => perlu pembungkusan rapi  dan gunakan van
  • Jika barang mudah rosak (daging, ais krim)  => gunakan van ada awet  dingin / setor sejuk

Nilai barang yang dibawa
  • Jika barang mahal (emas, wang) => dalam negeri, gunakan van dengan  ciri keselamatan
                                                            =>  luar negeri, gunakan kapal terbang
  • Jika barang murah (pasir, batu)  => dalam negeri, gunakan lori, keretapi
           => luar negeri, gunakan kapal kerentan

Friday 18 May 2012

# KAKI BANYAK #

3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.
KURA:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK:……..patutlah,rokok dah habis lah!
KURA:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK:Ala….kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA:Bagus jugak idea kau tu.
ULAT:Aku malas lah nak pergi beli.
KURA:Ala…kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah…..
ULAT:Ok lah,aku pergi beli sekarang.
10 minit…30 minit…1 jam…berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..
KURA:Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je…..Mulut aku dah naik kering ni.
KURA:Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT:Hek’eleh….Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK:Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!

# SALAH PINJAM #

Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan seorang pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata, “Saya mahu komplain!”
“Ada apa, Cik?” petugas perpustakaan bertanya.
“Minggu lalu saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan buku tersebut sangat tidak bermutu!” jelas Noni.
“Kenapa pula Cik?”
“Hurufnya kecil-kecil, tidak ada ruang di antara perkataan, tidak ada perenggan, semuanya hanya huruf-huruf, tidak ada gambar menarik, dan yang paling menyedihkan, buku itu sama sekali tidak menceritakan apapun padahal ada banyak nama orang di dalamnya!”
Petugas perpustakaan itu langsung terbeliak dan berkata,
 “Aha …. Jadi Andalah orang yang membawa buku telepon kami yang hilang minggu lalu!”

# TERKENA #

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.
Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.
“Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tadi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.
“Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tu lagi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.
“Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.
Sampai di lapangan terbang…..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..
“RM100 please…” kata pemandu teksi selamba.
“What? RM100? it’s not that far from the hotel?”, pelancong tu tak puas hati.
“Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast”, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.

# DOKTOR DAN PESAKIT #

Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. 
Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.
“Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu…”
“Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah.”
“Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut…”

# KISAH AJIS #

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.
Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.
Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.
tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.
Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.
Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.
Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.
Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.
hehehe.rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.
Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya.

# MUTIARA KATA 6 #

"Mereka yang berjaya bukanlah
 mereka yang gagal dalam mencuba, 
bukan juga mereka yang sering gagal 
tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba 
dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi."

# MUTIARA KATA 5 #

"Jangan lakukan semua yang kamu ketahui,
 jangan berbelanja semua yang kamu miliki, 
jangan percaya semua yang kamu dengar 
dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar."

# MUTIARA KATA 4 #

"Orang yang bahagia itu akan selalu 
menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
 menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, 
menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, 
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, 
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
 dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

# PENGANGKUTAN #

 Peranan Pengangkutan

 Pengangkutan merujuk kepada usaha untuk memindahkan barang atau orang dari satu tempat ke suatu tempat .

Peranan pengangkutan :

  • Mengimbangi bekalan barang untuk membantu peniaga megangkut barang-barang dari tempat yang menghadapi lebihan ke tempat yang menghadapi lebihan ke tempat yang memerlukannya
  • Mengurangkan kos penyimpanan stok kerana peniaga tidak mempunyai stok yang berlebihan dan peniaga kekurangan bekalan dapat diatasi dalam masa yang singkat .
  • Memperluaskan pasaran kerana barang-barang dapat diangkut ke merata tempat untuk dipasarkan dan barang-barang dapat diangkut ke tempat yang jauh
  • Membantu pengeluaran secara besar-besaran untuk barang-barang dipasarkan di merata-rata tempat dan ini dapat menambahkan jualan barang
  • Mengelakkan pembaziran untuk barang-barang yang tidak tahan lama seperti ikan , sayur-sayuran , dan buah-buahan dapt dipasarkan dengan segera
  • Memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna , pengguna boleh membandingkan harga , sifat dan kuantiti barang dan meninggikan taraf hidup pengguna
  • Menggalakan aliran masuk modal melalui pelaburan asing dan pelancongan untuk aliran wang dalam masyarakat menjadi aktif dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan
  • Membantu penyebaran sains dan teknologi
  • Membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara 
  • Memudahkan pergerakan tenaga buruh
Jenis Pengangkutan

Terdapat empat jenis pengangkutan iaitu;
  • Pengangkutan darat
  • Pengangkutan laut
  • Pengangkutan udara
  • Saluran paip
PENGANGKUTAN DARAT
Terbahagi kepada dua iaitu;
  • Jalan raya
  • Rel

 Kelebihan  
  • Boleh serah barang dari pintu ke pintu
  • Jimatkan masa
  • Kerja pemunggahan kurang
  • Risiko barang rosak sedikit
  • Murah dan cepat  untuk jarak dekat
  • Sesuai bawa barang diperlukan segera
  • Tiada jadual perjalanan
  • Kemudahan kenderaan mudah didapati dan banyak
  • Mudah hubungi kawasan pedalaman
 Kekurangan
  •  Mahal dan lambat bagi jarak jauh
  •  sebab kesesakan lalu lintas / kemalangan / kenderaan rosak
  •  Ruang muatan terhad
  •  Tidak sesuai mengangkut barang mudah pecah (contoh: kaca, seramik)
  •  Kos penyelenggaraan tinggi
  •  Pembaziran tenaga buruh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  •  Daftar  kenderaan bermotor
  •  Keluarkan lesen kenderaan dan cukai jalan
  •  Uji dan keluarkan lesen memandu
  •  Keluarkan permit sekolah memandu
  •  Kawal dan tetapkan tambang kenderaan awam
  •  Kuatkuasakan undang-undang jalan raya
  •  Uji dan memberi lesen kepada konduktor bas
  •  Kerjasama dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan dalam urusan perlesenan kenderaan komersial
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan  (LPKP)
  •  Kawal kegunaan  pengangkutan kenderaan awam seperti teksi dan bas demi menjaga kepentingan orang awam
  •  Keluarkan lesen kenderaan perkhidmatan awam dan lesen kenderaan perdagangan  iaitu;
Lesen Pembawa A
  • benarkan kenderaan bawa barang orang lain / untuk disewa

Lesen Pembawa C
  • hanya benarkan kenderaan bawa barang sendiri
  • kenderaan tidak boleh disewa
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)
  • Periksa dan uji kenderaan komersil dan pastikan selamat digunakan
Pengangkutan Rel
  • Contoh seperti rel bas, kereta api, komuter, LRT
Kelebihan
  • Murah dan cepat bagi jarak jauh
  • Ruang muatan lebih luas
  • Sesuai untuk bawa barang pukal / berat / kuatiti banyak / bernilai rendah
  • seperti  kayu balak , simen, pasir
  • Lebih selamat / kurang kemalangan dan selesa
  • Masa bertolak dan tiba diketahui
  • mudahkan peniaga hantar / tunggu barang
  • Ada gerabak khas untuk bawa barang
Contoh:    
  • gerabak bertangki – petrolium , simen, susu getah
  • gerabak panjang / terbuka – kayu balak, kontena
  • ada kemudahan kontenarisasi

Kekurangan
  • Mahal dan lambat bagi jarak dekat
  • Tiada perkhidmatan pintu ke pintu
  • Banyak kerja pemunggahan
  • Risiko barang rosak / hilang tinggi
  • Tidak fleksibel kerana arah dan masa perjalanan ditetapkan
  • Kospenyelenggaraan tinggi
  • Rangkaian perkhidmatan keretapi terhad
  • Tidak semua bandar dihubungkan dengan perkhidmatan kereta api
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
v  Sediakan landasan, stesen, menetapkan jadual perjalanan dan tambang
v  Sediakan dua perkhidmatan utama iaitu:
  •  keretapi penumpang ® keretapi mel, ekspres, komuter
  • keretapi barang / kargo ® gerabak bertangki
Pengangkutan Laut

Perkapalan antarabangsa
  • Belayar merentasi lautan besar ® contoh:  kapal kargo, kapal kerentan, kapal penumpang
Perkapalan dalam negeri
  • Belayar sepanjang pantai ® contoh: feri, kapal pesisir pantai
Jenis kapal
Kapal kargo
  • kapal  khas bawa kargo dan sedikit penumpang
  • belayar ikut  jalan dan jadual tetap
  • hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
  • tidak boleh ditempah tetapi ruangnya boleh disewa
  • tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
  • terdapat pelbagai jenis kapal kargo khas iaitu:
  • kapal kontena  khusus untuk membawa kontena
  • kapal tangki  ®   khusus untuk membawa petrolium, bahan kimia,                                                     gas asli cecair
  •  kapal penyetoran sejuk ® ada bilik sejuk untuk simpan daging, sayur
Kapal kerentan (kapal tramp)
  •  kapal  khas bawa kargo pukal sahaja  seperti  kayu balak, bijih timah
  •  boleh ditempah / sewa atau dicarter
  •  tidak belayar ikut  jalan dan jadual yang tetap
  •  belayar ke mana-mana destinasi mengikut arahan pencarter / penyewa
  •  kapal boleh dicarter  untuk satu pelayaran (carter perjalanan) atau untuk satu tempoh (carter masa)
  •  boleh dicarter / sewa di Pasaran Baltik
  •  tambang boleh ditawar
Kapal penumpang
  •  kapal yang bawa penumpang, mel dan sedikit  kargo
  • belayar ikut  jalan dan jadual yang tetap
  • hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
  • tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
PENGANGKUTAN  UDARA
Terbahagi kepada dua iaitu;
  • Kapal terbang
  • Helikopter

Kekurangan
  • Tambang mahal                         
  • Saiz dan berat kargo dihadkan
  • Tiada serahan pintu ke pintu
  • Perlukan pengangkutan lain
  • Kerja pemunggahan yang banyak
  • Meningkatkan risiko kecurian dan kerosakan
  • Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan lapangan terbang sahaja
  • Penerbangan mudah tergendala jika cuaca buruk
  • Kos penyelenggaraan tinggi

Kebaikan  
  • Sesuai bawa barang mahal dan ringan kerana kadar tambang tidak dipengaruhi oleh nilai barang Contoh:  ekspot berlian dan emas
  • Sesuai bawa barang yang diperlukan segera yang memerlukan pengangkutan yang cepat / pantas Contoh:  bekalan perubatan dan alat ganti jentera 
  • Sesuai bawa barang yang tidak tahan lama untuk menjamin agar barang segar dan baik              Contoh:  bunga dan buah-buahan
  • Sesuai hubungi kawasan pendalaman – gunakan helikopter
  • Barang lebih selamat sebab kawalan keselamatan ketat
  • Risiko kecurian kurang, oleh itu kos insurans lebih rendah
  • Kos pergudangan rendah sebab barang segera dihantar
  • Ada kemudahan kontenarisasi  -  mencepatkan urusan kastam
Contoh
Penerbangan Malaysia (MAS)
  • Merupakan badan yang ditubuhkan oleh kerajaan yang telah diswastakan
  • Menyediakan perkhidmatan penerbangan penumpang dan perkhidmatan kargo dalam dan luar negeri
  • Ada penerbangan khas untuk mengangkut jemaah haji

SALURAN PAIP
Cara hantar barang jenis cecair dan gas seperti  air, petrolium , gas asli dan gas memasak melalui       
batang paip

Kebaikan  
  • Barang selamat daripada risiko kecurian
  • Barang segera sampai
  • Jimat kos pengangkutan kerana tidak guna bahan api
  • Kos penyelenggaraan rendah sebab kurang berlaku kerosakan

Kekurangan
  • Kos pemasangan saluran paip tinggi
  • Penggunaannya terhad kepada barang cecair dan gas seperti petrolium, gas dan air
  • Kebocoran mengganggu penggunaan dan sukar dibaiki

Contoh
Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS)
  • Mendapat hak eksklusif / istimewa untuk cari gali, proses dan pasarkan petrolium dan gas di Malaysia
  • Terlibat dalam pembinaan saluran paip daripada Kertih, Trengganu ke Segamat, Johor dan  Singapura

Peranan / objektif:
  • Cari gali, mengeluar dan mentadbir semua petrolium negara
  • Pastikan bekalan petrolium dan hasil petrokimia mencukupi dan pada harga berpatutan
  • Galakkan penglibatan bumiputera dalam industri berasaskan petrolium
  • Menasihat kerajaan dalam hal ehwal petrolium dan petrokimia









Saturday 21 April 2012

# MUTIARA KATA 3 #

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, 
pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. 
Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda. 
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. 
Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

# SAMB. INSURANS #

PRINSIP-PRINSIP INSURANS


  1. Kepentingan boleh diinsurans
    • Hanya boleh insuranskan nyawa/ harta yang akan sebabkan  kerugian jika berlaku risiko
    • Tidak boleh insuranskan hak orang lain
    • Untuk elakkan orang ambil kesempatan atas kesusahan orang lain

  1. Penuh Percaya Mutlak
·         Insured mesti memberi maklumat benar
·         Insurer perlu terangkan polisi dengan jelas
·         Jika ada penipuan polisi terbatal

  1. Indemniti
·         Untuk semua insurans kecuali insurans hayat dan kemalangan
·         Gantirugi dibayar setakat kerugian akibat risiko
·         Bukan untuk dapat medapat keuntungan semata-mata.


3 perkara yang diambil kira dalam indemniti:

a.           Sumbangan
·               Jika Insured ada 2 atau lebih polisi
·               Bila risiko berlaku – gantirugi dibahagi sama rata antara syarikat insurans
b.           Subrogasi
·               Selepas terima gantirugi
·               Aset adalah milik insurer
·               Insured tidak boleh tuntut lagi

c.            Doktrin punca hampiran
·               Gantirugi hanya dibayar
·               Jika risiko disebabkan secara langsung oleh
·               Risiko yang diinsuranskan

JENIS INSURANS


INSURANS AM
  • Insurans Kemalangan
  • Insurans kebakaran
  • Insurans marin/penerbangan/Perkapalan
  • Insurans lain

INSURANS HAYAT

  • Insurans hayat seumur hidup
  • Insurans hayat sementara
  • Insurans endowmen

JENIS INSURANS KEMALANGAN


  1. Insurans Kenderaan Bermotor
Dibahagi kepada 2 jenis:

i)            Insurans motor pihak ketiga
·         Melindungi insured dari tuntutan pihak ketiga
·         Pihak ketiga ialah pengguna jalanraya
·         Insured tidak boleh menuntut ganti rugi
·         Premium murah
·         Semua kenderaan wajib sekurang-kurangnya polisi ini

ii)           Insurans Motor Komprehensif
·         Melindungi insured dan pihak ketiga
·         Premium lebih mahal
·         Kenderaan yang disewa beli mesti ada polisi ini

  1. Insurans Kemalangan Peribadi
·         Melindungi insured yang terlibat dalam kemalangan lain contohnya ditempat kerja.

  1. Insurans Liabiliti Am
·         Melindungi pemilik perniagaan dari tuntutan orang awam
·         Jika risiko berlaku dipremis
·         Insurans Liabiliti Produk – melindungi pengeluar produk
·         Insurans Liabiliti Profesional- melindungi  dari tuntutan orang awam

  1. Insurans Liabiliti Majikan
·         Melindungi majikan dari tuntutan pekerja yang cedera/mati semasa kerja
·         Premium dibayar oleh majikan
·         Majikan mencarum dalam Perkeso
-          Skim Pencen Ilat – perlindungan  pekerja hilang upaya yang bukan disebabkan pekerjaan
-          Skim bencana pekerjaan-  kemalangan tempat kerja

  1. Insurans Kebakaran
·         Melindungi peniaga dari  risiko kebakaran
·         Premium bergantung kepada:
-          Jenis bangunan
-          Kedudukan bangunan
-          Kegunaan bangunan
-          Kemudahan  keselamatan disediakan
-          Tempoh lindungan

Insurans Hayat

Tujuan:
·         Menyediakan pendapatan kepada waris
·         Cara menabung untuk masa depan
·         Dapat balik simpanan dan bonus pada tarikh matang
·         Dapat pampasan jika risiko berlaku
·         Boleh buat pinjaman setelah beberapa tahun

JENIS POLISI INSURANS HAYAT


  1. Insurans Hayat Seumur Hidup
    • Premium dibayar seumur hidup atau ada had tertentu
    • Pampasan dibayar kepada waris jika insured mati
    • Jika insured hilang upaya/kritikal – pampasan akan diberi
    • Beri perlindungan kepada waris

  1. Insurans Endowmen
·         Bayar premium untuk tempoh tertentu
·         Jika tidak mati – wang dan bonus dapat balim pada tarikh matang
·         Jika mati awal pampasan dibayar pada waris
·         Satu cara menabung

  1. Insurans hayat Sementara
·         Beri perlindungan mengikut tempoh
·         Jika mati waris dapat pampasan
·         Jika masih hidup premium hilang
·         Bukan satu cara menabung
·         Premium murah

Insurans Penerbangan

  • Beri perlindungan kepada kapal terbang /muatan/anak kapal dari risiko
  • Diambil untuk satu penerbangan atau satu tempoh tertentu
  • Untuk penumpang ada insurans berkelompok

 

Insurans Marin

  • Beri perlindungan kepada kapal/muatan/anak kapal dari risiko
  • Diambil untuk satu pelayaran atau satu tempoh tertentu
Jenis Insurans Lain:
·         Insurans Kecurian  - melindungi dari kecurian wang/harta
·         Jaminan Setia – melindungi majikan dari pekerja  tidak amanah
·         Insurans kesihatan – perlindungan dari kos hospital
·         Insurans pendidikan – membiayai belanja pendidikan anak
·         Insurans Gadaian – untuk  orang yang buat pinjaman

INSURANS SECARA ISLAM

KONSEP TAKAFUL:
-                Diuruskan berdasarkan hokum syariah
-                Guna 3 prinsip insurans biasa, ditambah:
a.       Mudharabah – Perkongsian untung
b.       Tabaruk – derma dengan ikhlas/wujud dana bersama

Dijalankan dengan asas:
·               Tiada Gharar – ketidakpastian
·               Tiada Maisir – perjudian
·               Tiada Riba – faedah

PRODUK SKIM TAKAFUL:
Takaful keluarga -  seperti insurans hayat
Takaful Am – perlindungan kepada risiko lain spt kebakaran, kecurian, kemalangan

TATACARA MEMBELI INSURANS:
  1. Hubungi ejen
  2. Dapatkan maklumat tentang polisi dan syarat
  3. Dapatkan borang, Isi dengan ‘Prinsip Penuh Percaya Mutlak’
  4. Turunkan tanda tangan setelah persetujuan dicapai
  5. Bayar premium
  6. Dapatkan nota lindungan
  7. dapatkan polisi asal ( Dalam masa 1 bulan)

TATACARA MEMBUAT TUNTUTAN:
  1. Bila risiko berlaku:
-          buat laporan polis, bomba/hospital
-          dapatkan dokumentasi sebagai bukti
  1. Dapatkan borang tuntutan dari insurer. Isikan butir:
-          Bila / Bagaimana berlaku
-          Jumlah kerugian
  1. Hantar borang kepada insurer berserta:
-          Polisi / dokumen hak milik/geran
-          dokumen bukti / gambar –jika ada
  1. Insurer buat siasatan samada:
-          Jumlah tuntutan benar
-          Syarat dalam polisi dipatuhi
-          Wujud unsur pengkhianatan
  1. Jika semua tiada masalah, pampasan akan dibayar.