Sunday, 1 April 2012

# topik-topik PERDAGANGAN TING. 5 #

assalamualaikum...
ermm..adik-adik yg tingkatan 5 nih...dah study sampai mana dah...
kali ni saya akan letak topik topik tingkatan 5...

bab 1 : PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN...
dalam topik ni akan dijelaskan mengenai sistem perbankan, jenis bank, perkhidmatan bank perdagangan, cek dan juga institusi kewangan lain.

bab 2 : INSURANS....
haaa..bab ni penting gak...seeloknya kita perlu dilindungi dengan insurans..supaya mudah jika berlaku perkara yang tidak diingini..sekurang kurangnya kita dah ada jaminan...bab ni plak akan menjelaskan mengenai apa itu insurans, prinsip insurans, jenis insurans, takaful dan belian polisi dan tuntutan ganti rugi....

bab 3 : PENGANGKUTAN
pengangkutan penting untuk kita bergerak ke mana mana...kita perlu tau apa itu pengangkutan, jenis pengangkutan, pengkontenaan, pemilihan jenis pengangkutan...

bab 4 : KOMUNIKASI...
dalam bab ni hanya ada mengenai peranan komunikasi dan juga perkhidmatan komunikasi...

bab 5 : PERGUDANGAN...
apa itu pergudangan...haaa...tempat kita simpan barang yang banyak banyak...boleh tak kita panggil gudang...dan..ada berapa jenis gudang...

bab 6 : PROMOSI...
tanpa promosi...macam mana pelanggan nak tau apa yg kita boleh tawarkan kat pelanggan kan...topik ini akan cerita dengan lebih terperinci mengenai promosi, jenis promosi, media pengiklanan dan pemilihan media pengiklanan...

bab 7 : PERANAN KERAJAAN DALAM PERNIAGAAN...
bab ini lebih tertumpu kepada peranan kerajaan dalam perniagaan...

bab 8 : KONSUMERISME...
bab terakhir...akan cerita apa itu konsumerisme dan perlindungan pengguna....

No comments:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak anda...
sayam korang ketatketat...