Sunday 20 May 2012

# KOMUNIKASI #



 KOMUNIKASI


PERANAN KOMUNIKASI
  •  Memudah dan mempercepatkan proses penyebaran maklumat.
           -  Contoh : maklumat turun naik harga saham mudah diketahui dengan menggunakan komputer,  
              telefon dan internet.
  • Memudahkan peniaga menjalankan aktiviti perniagaan.
         -  Contoh : urusan jual beli barangan boleh dilakukan dengan menggunakan telefon, telefeks atau  
            internet.
  • Memudahkan kegiatan promosi.
          -  Contoh : Televisyen merupakan media utama pengiklanan kerana dapat menarik minat ramai 
              penonton.
  •  Meluaskan pasaran barangan.
           - Contoh : Perkhidmatan telefon memudahkan proses jual beli jarak 
                  jauh.
  • Memudahkan pentadbiran dan pengurusan.
          - Contoh : bagi syarikat yang mempunyai banyak cawangan di merata negeri boleh mengadakan   
             mesyuarat secara langsung antara pengurus cawangan tanpa bersemuka dengan menggunakan  
             sidang  video.
  •  Mengelakkan kerugian dan kerosakan.
           - Contoh : Jika diketahui melalui satelit bahawa taufan sedang melanda Jepun, maka penghantaran  
              kargo dari Malaysia ke negara itu boleh ditangguhkan untuk mengelakkan kerosakan.

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KOMUNIKASI

(i)  Televisyen dan radio.
(ii)  Perkhidmatan Pos.
(iii) Perkhidmatan Telekomunikasi.
(iv) Perkhidmatan Kurier.

PERKHIDMATAN POS.

Terbahagi kepada 3 iaitu :
          (i).  Perkhidmatan Mel.
          (ii).  Perkhidmatan kaunter.
          (iii). Perkhidmatan Lain.

Perkhidmatan Mel.
  • Surat.                      
  • Poskad.      
  • Aerogram.
  • Bahan bercetak.
  • Peket kecil.   
  • Khidmat jawapan perniagaan.
              => digunakan oleh peniaga pesanan mel.
              => setem dilekatkan
  •  Persuratan untuk orang buta.
           => majalah dan buku dalam bentuk Braille
  •  Pos Ekspres.
           => menghantar dokumen dengan cepat.
           => tidak dilindungi oleh insurans
  •  Pos Daftar.
           => hantar barang/dokumen penting di dalam dan di luar Negara (dilindungi oleh insurans)
  • Bungkusan.
  • Mel Berinsurans.
          => memberi perlindungan bagi surat daftar dan bungkusan yang  
          => diposkan di dalam dan di luar negara.
          => pampasan akan dibayar jika mel/bungkusan itu hilang
  • Perkhidmatan Pos Laju.
          => menghantar mel, peket kecil dan dokumen dengan cepat.
          => serahan dari pintu ke pintu.
  •  Data Pos.
          => membantu mengagihkan dokumen secara besar- besaran seperti bil,  
         => sijil invois dan penyata akaun.
  • Mel Terus.
             => digunakan oleh syarikat untuk mengiklankan perniagaannya


No comments:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak anda...
sayam korang ketatketat...