Saturday 7 April 2012

# PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN #

assalamualaikum...
hari ini saya nak bincang mengenai topik yang ada dalam bab 1...

Perbankan Konvensional :
Sistem yang berasaskan Kapitalisme. Sistem ini menggalakkan keputusan kewangan dibuat berdasarkan keuntungan.
terdapat 3 ciri perbankan konvensional iaitu..
  • faedah => diberi kepada simpanan yang diterima daripada penyimpan dan juga dikenakan kepada peminjam...
  • pelaburan => bertujuan untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum tanpa menyalahi undang-undang. boleh juga melabur dalam semua bidang periagaan termasuk perjudian dan minuman keras.
  • keuntungan => merupakan motif utama setiap pelaburan di perbankan konvensional. sumbangan turut diberikan untuk menjaga kepentingan sosial masyarakat seperti memberi sumbangan kepada hospital dan rumah anak-anak yatim.

                  
 Perbankan Islam :
  • bertujuan untuk menerapkan penggunaan prinsip dan undang-undang Islam dalam seluruh urusan perbankan dan kewangannya.
  • berfungsi sama seperti bank konvensional tetapi dijalankan mengikut hukum syarak.
  • prinsipnya adalah untuk menggalakkan masayarakat Islam melibatkan diri dalam semua urusan perbankan yang halal dan selari dengan kehendak syarak.
  • operasi yang dijalankan berlandaskan akad (perjanjian), tidak mengandungi unsur riba (faedah), gharar (ketidakpastian) dan maisir (judi).

No comments:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak anda...
sayam korang ketatketat...