Saturday 21 April 2012

# SAMB. INSURANS #

PRINSIP-PRINSIP INSURANS


  1. Kepentingan boleh diinsurans
    • Hanya boleh insuranskan nyawa/ harta yang akan sebabkan  kerugian jika berlaku risiko
    • Tidak boleh insuranskan hak orang lain
    • Untuk elakkan orang ambil kesempatan atas kesusahan orang lain

  1. Penuh Percaya Mutlak
·         Insured mesti memberi maklumat benar
·         Insurer perlu terangkan polisi dengan jelas
·         Jika ada penipuan polisi terbatal

  1. Indemniti
·         Untuk semua insurans kecuali insurans hayat dan kemalangan
·         Gantirugi dibayar setakat kerugian akibat risiko
·         Bukan untuk dapat medapat keuntungan semata-mata.


3 perkara yang diambil kira dalam indemniti:

a.           Sumbangan
·               Jika Insured ada 2 atau lebih polisi
·               Bila risiko berlaku – gantirugi dibahagi sama rata antara syarikat insurans
b.           Subrogasi
·               Selepas terima gantirugi
·               Aset adalah milik insurer
·               Insured tidak boleh tuntut lagi

c.            Doktrin punca hampiran
·               Gantirugi hanya dibayar
·               Jika risiko disebabkan secara langsung oleh
·               Risiko yang diinsuranskan

JENIS INSURANS


INSURANS AM
  • Insurans Kemalangan
  • Insurans kebakaran
  • Insurans marin/penerbangan/Perkapalan
  • Insurans lain

INSURANS HAYAT

  • Insurans hayat seumur hidup
  • Insurans hayat sementara
  • Insurans endowmen

JENIS INSURANS KEMALANGAN


  1. Insurans Kenderaan Bermotor
Dibahagi kepada 2 jenis:

i)            Insurans motor pihak ketiga
·         Melindungi insured dari tuntutan pihak ketiga
·         Pihak ketiga ialah pengguna jalanraya
·         Insured tidak boleh menuntut ganti rugi
·         Premium murah
·         Semua kenderaan wajib sekurang-kurangnya polisi ini

ii)           Insurans Motor Komprehensif
·         Melindungi insured dan pihak ketiga
·         Premium lebih mahal
·         Kenderaan yang disewa beli mesti ada polisi ini

  1. Insurans Kemalangan Peribadi
·         Melindungi insured yang terlibat dalam kemalangan lain contohnya ditempat kerja.

  1. Insurans Liabiliti Am
·         Melindungi pemilik perniagaan dari tuntutan orang awam
·         Jika risiko berlaku dipremis
·         Insurans Liabiliti Produk – melindungi pengeluar produk
·         Insurans Liabiliti Profesional- melindungi  dari tuntutan orang awam

  1. Insurans Liabiliti Majikan
·         Melindungi majikan dari tuntutan pekerja yang cedera/mati semasa kerja
·         Premium dibayar oleh majikan
·         Majikan mencarum dalam Perkeso
-          Skim Pencen Ilat – perlindungan  pekerja hilang upaya yang bukan disebabkan pekerjaan
-          Skim bencana pekerjaan-  kemalangan tempat kerja

  1. Insurans Kebakaran
·         Melindungi peniaga dari  risiko kebakaran
·         Premium bergantung kepada:
-          Jenis bangunan
-          Kedudukan bangunan
-          Kegunaan bangunan
-          Kemudahan  keselamatan disediakan
-          Tempoh lindungan

Insurans Hayat

Tujuan:
·         Menyediakan pendapatan kepada waris
·         Cara menabung untuk masa depan
·         Dapat balik simpanan dan bonus pada tarikh matang
·         Dapat pampasan jika risiko berlaku
·         Boleh buat pinjaman setelah beberapa tahun

JENIS POLISI INSURANS HAYAT


  1. Insurans Hayat Seumur Hidup
    • Premium dibayar seumur hidup atau ada had tertentu
    • Pampasan dibayar kepada waris jika insured mati
    • Jika insured hilang upaya/kritikal – pampasan akan diberi
    • Beri perlindungan kepada waris

  1. Insurans Endowmen
·         Bayar premium untuk tempoh tertentu
·         Jika tidak mati – wang dan bonus dapat balim pada tarikh matang
·         Jika mati awal pampasan dibayar pada waris
·         Satu cara menabung

  1. Insurans hayat Sementara
·         Beri perlindungan mengikut tempoh
·         Jika mati waris dapat pampasan
·         Jika masih hidup premium hilang
·         Bukan satu cara menabung
·         Premium murah

Insurans Penerbangan

  • Beri perlindungan kepada kapal terbang /muatan/anak kapal dari risiko
  • Diambil untuk satu penerbangan atau satu tempoh tertentu
  • Untuk penumpang ada insurans berkelompok

 

Insurans Marin

  • Beri perlindungan kepada kapal/muatan/anak kapal dari risiko
  • Diambil untuk satu pelayaran atau satu tempoh tertentu
Jenis Insurans Lain:
·         Insurans Kecurian  - melindungi dari kecurian wang/harta
·         Jaminan Setia – melindungi majikan dari pekerja  tidak amanah
·         Insurans kesihatan – perlindungan dari kos hospital
·         Insurans pendidikan – membiayai belanja pendidikan anak
·         Insurans Gadaian – untuk  orang yang buat pinjaman

INSURANS SECARA ISLAM

KONSEP TAKAFUL:
-                Diuruskan berdasarkan hokum syariah
-                Guna 3 prinsip insurans biasa, ditambah:
a.       Mudharabah – Perkongsian untung
b.       Tabaruk – derma dengan ikhlas/wujud dana bersama

Dijalankan dengan asas:
·               Tiada Gharar – ketidakpastian
·               Tiada Maisir – perjudian
·               Tiada Riba – faedah

PRODUK SKIM TAKAFUL:
Takaful keluarga -  seperti insurans hayat
Takaful Am – perlindungan kepada risiko lain spt kebakaran, kecurian, kemalangan

TATACARA MEMBELI INSURANS:
  1. Hubungi ejen
  2. Dapatkan maklumat tentang polisi dan syarat
  3. Dapatkan borang, Isi dengan ‘Prinsip Penuh Percaya Mutlak’
  4. Turunkan tanda tangan setelah persetujuan dicapai
  5. Bayar premium
  6. Dapatkan nota lindungan
  7. dapatkan polisi asal ( Dalam masa 1 bulan)

TATACARA MEMBUAT TUNTUTAN:
  1. Bila risiko berlaku:
-          buat laporan polis, bomba/hospital
-          dapatkan dokumentasi sebagai bukti
  1. Dapatkan borang tuntutan dari insurer. Isikan butir:
-          Bila / Bagaimana berlaku
-          Jumlah kerugian
  1. Hantar borang kepada insurer berserta:
-          Polisi / dokumen hak milik/geran
-          dokumen bukti / gambar –jika ada
  1. Insurer buat siasatan samada:
-          Jumlah tuntutan benar
-          Syarat dalam polisi dipatuhi
-          Wujud unsur pengkhianatan
  1. Jika semua tiada masalah, pampasan akan dibayar.

 

No comments:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak anda...
sayam korang ketatketat...