BAB 2: INSURANS
ISTILAH DALAM INSURANS
- Insurer - Syarikat insurans yang memberi perlindungan
- Insured - Orang yang membeli polisi insurans
- Premium - Bayaran yang dijelaskan oleh insured untuk mendapatkan perlindungan
- Polisi - Perjanjian antara insurer dan insured
- Pampasan - gantirugi yang dibayar jika berlaku risiko
PERANAN INSURANS
Kepada Peniaga :
- Melindungi dari risiko
- Dapat pampasan jika risiko berlaku
- Lebih yakin untuk memajukan perniagaan
Kepada Individu
- Melindungi individu dan keluarga dari risiko
- Jaminan masa depan
- Dapat pampasan jika berlaku risiko
- Satu cara menabung
- Jika mati – waris akan mendapat pampasan
Kepada negara
- Membangunkan ekonomi negara
- Wang premium dilabur untuk bangunkan ekonomi
- Untuk membeli bon
- Memberi peluang pekerjaan
- Taraf hidup rakyat meningkat
SYARIKAT INSURANS BOLEH BAYAR GANTI RUGI BESAR WALAUPUN PREMIUM RENDAH KERANA:
· Individu yang mungkin alami risiko yang sama berkumpul untuk menabung dalam satu dana
· Jika berlaku risiko, sebahagian wang dari dana akan dikeluarkan untuk membayar pampasan
· Lebihan wang dana dilabur
· Bukan semua individu akan kena risiko
· Yang ramai membantu yang sedikit
No comments:
Post a Comment
Silalah tinggalkan jejak anda...
sayam korang ketatketat...