PRINSIP-PRINSIP INSURANS
- Kepentingan boleh diinsurans
- Hanya boleh insuranskan nyawa/ harta yang akan sebabkan kerugian jika berlaku risiko
- Tidak boleh insuranskan hak orang lain
- Untuk elakkan orang ambil kesempatan atas kesusahan orang lain
- Penuh Percaya Mutlak
· Insured mesti memberi maklumat benar
· Insurer perlu terangkan polisi dengan jelas
· Jika ada penipuan polisi terbatal
- Indemniti
· Untuk semua insurans kecuali insurans hayat dan kemalangan
· Gantirugi dibayar setakat kerugian akibat risiko
· Bukan untuk dapat medapat keuntungan semata-mata.
3 perkara yang diambil kira dalam indemniti:
a. Sumbangan
· Jika Insured ada 2 atau lebih polisi
· Bila risiko berlaku – gantirugi dibahagi sama rata antara syarikat insurans
b. Subrogasi
· Selepas terima gantirugi
· Aset adalah milik insurer
· Insured tidak boleh tuntut lagi
c. Doktrin punca hampiran
· Gantirugi hanya dibayar
· Jika risiko disebabkan secara langsung oleh
· Risiko yang diinsuranskan
JENIS INSURANS
INSURANS AM
- Insurans Kemalangan
- Insurans kebakaran
- Insurans marin/penerbangan/Perkapalan
- Insurans lain
INSURANS HAYAT
- Insurans hayat seumur hidup
- Insurans hayat sementara
- Insurans endowmen
JENIS INSURANS KEMALANGAN
- Insurans Kenderaan Bermotor
Dibahagi kepada 2 jenis:
i) Insurans motor pihak ketiga
· Melindungi insured dari tuntutan pihak ketiga
· Pihak ketiga ialah pengguna jalanraya
· Insured tidak boleh menuntut ganti rugi
· Premium murah
· Semua kenderaan wajib sekurang-kurangnya polisi ini
ii) Insurans Motor Komprehensif
· Melindungi insured dan pihak ketiga
· Premium lebih mahal
· Kenderaan yang disewa beli mesti ada polisi ini
- Insurans Kemalangan Peribadi
· Melindungi insured yang terlibat dalam kemalangan lain contohnya ditempat kerja.
- Insurans Liabiliti Am
· Melindungi pemilik perniagaan dari tuntutan orang awam
· Jika risiko berlaku dipremis
· Insurans Liabiliti Produk – melindungi pengeluar produk
· Insurans Liabiliti Profesional- melindungi dari tuntutan orang awam
- Insurans Liabiliti Majikan
· Melindungi majikan dari tuntutan pekerja yang cedera/mati semasa kerja
· Premium dibayar oleh majikan
· Majikan mencarum dalam Perkeso
- Skim Pencen Ilat – perlindungan pekerja hilang upaya yang bukan disebabkan pekerjaan
- Skim bencana pekerjaan- kemalangan tempat kerja
- Insurans Kebakaran
· Melindungi peniaga dari risiko kebakaran
· Premium bergantung kepada:
- Jenis bangunan
- Kedudukan bangunan
- Kegunaan bangunan
- Kemudahan keselamatan disediakan
- Tempoh lindungan
Insurans Hayat
Tujuan:
· Menyediakan pendapatan kepada waris
· Cara menabung untuk masa depan
· Dapat balik simpanan dan bonus pada tarikh matang
· Dapat pampasan jika risiko berlaku
· Boleh buat pinjaman setelah beberapa tahun
JENIS POLISI INSURANS HAYAT
- Insurans Hayat Seumur Hidup
- Premium dibayar seumur hidup atau ada had tertentu
- Pampasan dibayar kepada waris jika insured mati
- Jika insured hilang upaya/kritikal – pampasan akan diberi
- Beri perlindungan kepada waris
- Insurans Endowmen
· Bayar premium untuk tempoh tertentu
· Jika tidak mati – wang dan bonus dapat balim pada tarikh matang
· Jika mati awal pampasan dibayar pada waris
· Satu cara menabung
- Insurans hayat Sementara
· Beri perlindungan mengikut tempoh
· Jika mati waris dapat pampasan
· Jika masih hidup premium hilang
· Bukan satu cara menabung
· Premium murah
Insurans Penerbangan
- Beri perlindungan kepada kapal terbang /muatan/anak kapal dari risiko
- Diambil untuk satu penerbangan atau satu tempoh tertentu
- Untuk penumpang ada insurans berkelompok
Insurans Marin
- Beri perlindungan kepada kapal/muatan/anak kapal dari risiko
- Diambil untuk satu pelayaran atau satu tempoh tertentu
Jenis Insurans Lain:
· Insurans Kecurian - melindungi dari kecurian wang/harta
· Jaminan Setia – melindungi majikan dari pekerja tidak amanah
· Insurans kesihatan – perlindungan dari kos hospital
· Insurans pendidikan – membiayai belanja pendidikan anak
· Insurans Gadaian – untuk orang yang buat pinjaman
INSURANS SECARA ISLAM
KONSEP TAKAFUL:
- Diuruskan berdasarkan hokum syariah
- Guna 3 prinsip insurans biasa, ditambah:
a. Mudharabah – Perkongsian untung
b. Tabaruk – derma dengan ikhlas/wujud dana bersama
Dijalankan dengan asas:
· Tiada Gharar – ketidakpastian
· Tiada Maisir – perjudian
· Tiada Riba – faedah
PRODUK SKIM TAKAFUL:
Takaful keluarga - seperti insurans hayat
Takaful Am – perlindungan kepada risiko lain spt kebakaran, kecurian, kemalangan
TATACARA MEMBELI INSURANS:
- Hubungi ejen
- Dapatkan maklumat tentang polisi dan syarat
- Dapatkan borang, Isi dengan ‘Prinsip Penuh Percaya Mutlak’
- Turunkan tanda tangan setelah persetujuan dicapai
- Bayar premium
- Dapatkan nota lindungan
- dapatkan polisi asal ( Dalam masa 1 bulan)
TATACARA MEMBUAT TUNTUTAN:
- Bila risiko berlaku:
- buat laporan polis, bomba/hospital
- dapatkan dokumentasi sebagai bukti
- Dapatkan borang tuntutan dari insurer. Isikan butir:
- Bila / Bagaimana berlaku
- Jumlah kerugian
- Hantar borang kepada insurer berserta:
- Polisi / dokumen hak milik/geran
- dokumen bukti / gambar –jika ada
- Insurer buat siasatan samada:
- Jumlah tuntutan benar
- Syarat dalam polisi dipatuhi
- Wujud unsur pengkhianatan
- Jika semua tiada masalah, pampasan akan dibayar.