Saturday, 19 May 2012

# PENGANGKUTAN 2 #

Pengkontenaan
  • Sistem hantar barang guna kontena
  • Kontena ialah peti logam
  • Mempunyai ukuran piawai

Kebaikan guna kontena
  • Jimatkan masa
  • kerja pemunggahan cepat
  • Barang diangkut sekali gus sebagai satu unit
  • Jimatkan tenaga buruh
  • Mengurangkan kerja pemunggahan
  • Barang dipunggah menggunakan jentera khas / kren / forklif
  • Kurangkan barang rosak / selamat
  • Terhindar daripada kesan cuaca
  • Kurangkan  kecurian sebab kontena dikunci
  • Kurangkan kos seperti kos insurans, kos angkutan dan kos gudang

Kelemahan  menggunakan kontena
  • Kos bina kontena tinggi
  • Perlukan peralatan khas seperti kren
  • Tidak sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak, batu bata
  • Perlukan sistem pengangkutan bersepadu

Faktor-faktor Pemilihan  Jenis Pengangkutan
Kos pengangkutan 
  • Jika ingin jimat kos, pilih pengangkutan yang murah
Contoh:  => Dalam Negeri - gunakan  lori, keretapi
  => Luar negeri  - gunakan  kapal

Jenis  barang yang dibawa:
  • Jika cecair (petroleum, susu getah) => gunakan pengangkutan khas  seperti lori tangki, kapal tangki
  • Jika mudah rosak (daging, sayur, bunga)  => gunakan pengangkutan yang dilengkapi dengan penyetoran sejuk 
  • Jika dalam negeri => gunakan  van, lori
  • Jika luar negeri  => gunakan kapal terbang, kapal

Jarak perjalanan
  • Jika dekat => dalam negeri  -  gunakan lori, van
  • Jika jauh  =>  dalam negeri  -  gunakan keretapi 
    •       =>  luar negeri     -  gunakan  kapal (jimat kos berbanding kapal terbang)

 Kuantiti, berat dan saiz barang
  • Jika banyak dan pukal  => dalam negeri -  gunakan keretapi
         => luar negeri    -  gunakan kapal kerentan
  • Jika sedikit                   => dalam negeri -  gunakan lori
                                              =>   luar negeri    -  gunakan kapal kargo
 Kesegeraan
  • Jika ingin cepat  (ubat, alat ganti, surat khabar) => gunakan kapal terbang, helicopter
Risiko kerosakan
  • Jika barang mudah pecah (kaca, tembikar) => perlu pembungkusan rapi  dan gunakan van
  • Jika barang mudah rosak (daging, ais krim)  => gunakan van ada awet  dingin / setor sejuk

Nilai barang yang dibawa
  • Jika barang mahal (emas, wang) => dalam negeri, gunakan van dengan  ciri keselamatan
                                                            =>  luar negeri, gunakan kapal terbang
  • Jika barang murah (pasir, batu)  => dalam negeri, gunakan lori, keretapi
           => luar negeri, gunakan kapal kerentan

Friday, 18 May 2012

# KAKI BANYAK #

3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.
KURA:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK:……..patutlah,rokok dah habis lah!
KURA:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK:Ala….kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA:Bagus jugak idea kau tu.
ULAT:Aku malas lah nak pergi beli.
KURA:Ala…kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah…..
ULAT:Ok lah,aku pergi beli sekarang.
10 minit…30 minit…1 jam…berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..
KURA:Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je…..Mulut aku dah naik kering ni.
KURA:Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT:Hek’eleh….Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK:Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!

# SALAH PINJAM #

Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan seorang pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata, “Saya mahu komplain!”
“Ada apa, Cik?” petugas perpustakaan bertanya.
“Minggu lalu saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan buku tersebut sangat tidak bermutu!” jelas Noni.
“Kenapa pula Cik?”
“Hurufnya kecil-kecil, tidak ada ruang di antara perkataan, tidak ada perenggan, semuanya hanya huruf-huruf, tidak ada gambar menarik, dan yang paling menyedihkan, buku itu sama sekali tidak menceritakan apapun padahal ada banyak nama orang di dalamnya!”
Petugas perpustakaan itu langsung terbeliak dan berkata,
 “Aha …. Jadi Andalah orang yang membawa buku telepon kami yang hilang minggu lalu!”

# TERKENA #

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.
Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.
“Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tadi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.
“Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tu lagi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.
“Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.
Sampai di lapangan terbang…..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..
“RM100 please…” kata pemandu teksi selamba.
“What? RM100? it’s not that far from the hotel?”, pelancong tu tak puas hati.
“Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast”, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.

# DOKTOR DAN PESAKIT #

Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. 
Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.
“Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu…”
“Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah.”
“Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut…”

# KISAH AJIS #

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.
Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.
Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.
tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.
Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.
Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.
Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.
Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.
hehehe.rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.
Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya.

# MUTIARA KATA 6 #

"Mereka yang berjaya bukanlah
 mereka yang gagal dalam mencuba, 
bukan juga mereka yang sering gagal 
tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba 
dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi."